Monday, November 15, 2010

Ceramah JengJongJeng

Sesudah tarikh 10 November tahun 2010, saya selaku salah seorang pelajar Jabatan Sains Forensik Universiti Kebangsaan Malaysia third batch merasa berbangga kerana telah berjaya dengan jayanya menamatkan keberlangsungan pembelajaran saya sebagai pelajar sem 1 tahun 3 bagi sesi 2010/2011.
Hal ini memberi erti kepada saya bahawasanya saya akan melalui sesi pembelajaran yang seterusnya yakni sem 2 tahun 3, insyaalah yang akan bermula pada 20 Disember tahun 2010 Masihi.
Sesungguhnya, tujuan saya mencoretkan keberjayaan saya melangsungkan sem 1 tahun 3 ini bukanlah untuk berbangga-bangga atau menunjuk-nunjuk kepada anak jiran sebelah rumah saya di jajahan Eng Yen Yen ini yang baru nak masuk tingkatan 1 yang bercita-cita nak mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik dengan Kepujian apabila beliau dah lepas spm nanti, ataupun kepada rakan lama masa sekolah menengah dahulu yang selalu dok perlekehkan saya pabila dimana pada masa tersebut hanya saya seorang sahaja yang mendapat result hanya B+ dalam subjek geografi di dalam kelas tersebut dalam peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3 lalu menyebabkan saya mengamuk keluar dari kelas lalu memeranjatkan rakan-rakan kelas lain yang menyangka bahawa saya adalah seorang yang lemah lagi lembut bagaikan Siti Kelembai.
Sebaliknya tujuan saya adalah untuk menceritakan kekecewaan saya dalam ketidakbolehterimaan otak dan pemikiran saya bahawa saya sudah semakin meningkat dewasa dan semestinya saya mestilah bertindak sebagai seorang yang matang pada masa hadapan dalam setiap tindakan yang akan saya ambil.
Di dalam ayat di atas saya ada menyatakan bahawa saya telah pun hampir meningkat dewasa.
Hal ini kerana dengan bersaksikan mata saya yang bersinar kerana telah mengamalkan Inner Shine Pati Ayam Brands selama telah hampir 5 tahun ini,saya telah diperlihatkan peristiwa-peristiwa yang mengguris hati dan perasaan yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk sembuh sihat walafiat yang dialami oleh rakan-rakan terdekat saya tidak mengira kutub jantina samada laki-laki mahupun wanita.
Peristiwa-peristiwa yang dialami oleh mereka adalah tidak lari dari sebab yang lain,yakni hanya berlari-lari dalam satu sebab yang sama kerana ia berlari tidak henti-henti dalam 1 bulatan yang sama sahaja iaitu masalah cinta atau lebih sopan lagi mengenai masalah hati dan perasaan.
Di dalam sem ini, ramai rakan-rakan saya(termasuk diri saya sendiri)telah mengalami crush yang menyebabkan kami tidak boleh bangun dengan sendirinya mungkin kerana masalah berat badan berlebihan disebabkan di dalam hati dan otak pemikiran kami telah diberatkan dengan buah hati pengarang jantung kami sendiri yang telah memenuhkan memory card di dalam otak kami sampai kadangkala nasihat atau ilmu yang kami pelajari bertahun-tahun lamanya dan telah dihadam di dalam otak kami tidak dapat dipraktikkan dengan sempurna.
Oh Tuhan, betapa lemahnya iman kami.
Sebagai contoh dengan mengambil diri saya sebagai model bagi menggambarkan situasi di atas, saya telah mengalami crush yang telah menyakitkan hati dan perasaan bagaikan dihiris sembilu salah seorang rakan saya sendiri di mana kami mengalami crush pada laki-laki yang sama.
Manakan tidak, laki-laki yang telah dialami crush oleh kami berdua mempunyai cirri-ciri jejaka idaman gadis melayu di zaman ini seperti program yang telah disiarkan dan telah pun tamat siarannnya pada setiap hari jumaat jam 9 malam hanya di tv9.
Laki-laki tersebut memberi impak yang sangat besar kepada diri saya sampaikan saya sanggup menghabiskan masa membuat twitter saya sendiri untuk menfollownya.
Kesalahan saya telah crush kepada laki-laki tersebut tidak sepatutnya dijatuhkan 100% di atas bahu kiri saya kerana rakan penyerebutan saya itu juga mempunyai saham dalam menjadikan kejadian crush saya terhadap lelaki tersebut di mana rakan saya tersebut sendiri yang telah memperkenalkan laki-laki tersebut terhadap saya.
Pada mulanya saya hanya mahu mengada-ngada mahu crush dengan laki-laki tersebut dengan tujuan untuk menyakat rakan saya tersebut.
Namun lama kelamaan saya mendapati bahawa diri saya telah pun mengkhianati ataupun untuk ayat yang lebih dramatik, saya telah menikam rakan saya sendiri dari belakangnya dengan menggunakan pisau rainbow yang selalu digunakan oleh bapak saya di kebun getahnya.
Hal ini kerana, saya telah berjaya dengan jayanya meyakinkan rakan saya tersebut bahawa saya betul-betul mengalami crush dengan laki-laki tesebut!
Oh,terernya lakonan saya.
Hal ini menyebabkan pertelingkahan antara diri saya dan rakan saya tersebut yang selalunya berlangsung di dalam komen-komen atau status-status kami di facebook.
Sesungguhnya saya bersyukur kerana sehingga di saat ini,tiada di antara kami mengalami masalah kecederaan fizikal.
Hanya mental kami yang sedikit terganggu.
Oh,Ashraf Muslim!!!
Cerita masalah hati dan perasaan di atas hanyalah 1 di antara banyak cerita-cerita bersangkut paut hati dan perasaan rakan-rakan terdekat saya.
Antara cerita lain adalah dimana ramai di kalangan coursemate saya telah crush dengan rakan coursemate mereka sendiri.
Oh,dari sudut positifnya,antara manfaat yang boleh kami perolehi dari kecrushan mereka tersebut adalah kami-kami semua 1 course boleh menjimatkan kos hidup kami pada masa kelak dimana kami boleh menjimatkan kos perbelanjaan reunion.
Hal ini kerana reunion kami semua boleh dilangsungkan semasa kenduri-kendara mereka kelak.
Insyaallah..
Sebenarnya,banyak lagi peristiwa-peristiwa mengguris hati perasaan telah dialami oleh rakan-rakan saya.
Tinggi sebenarnya hajat saya sebenarnya mahu menceritakan kesemuanya.
Namun,tidaklah dapat saya berbuat yang sedemikian kerana dibimbangi jari-jari saya yang runcing ini bakal patah akibat kegiatan menaip di keyboard laptop acer saya ditambah pula kekhuatiran keterbakaran buku yang melapik laptop saya tersebut disebabkan laptop saya tersebut cepat panas.
Acerlah katakan..
Di akhir kata, saya ingin menyampaikan sepatah dua kata yang suka hati anda mahu mengambilnya sebagai nasihat ataupun mahu membacanya secara baca masuk mata kanan,keluar mata kiri, untuk renungan kita bersama.
Kepada rakan-rakan saya sekalian, hendaklah kita sama-sama menggunakan fikiran kita yang masih waras ini (walaupun ade sikit-sikit yang senget) mengatasi hasutan-hasutan makhluk invisible yang jahat laknatullah kerana mereka-mereka telah target kita untuk menyesatkan kita sejak kita dok sedap terlentok tidur 24 jam di dalam rahim ibu kita lagi.
Pandai-pandailah kita menguruskan hati dan perasaan agar tidak tersasar mengikut nafsu yang melulu
 dan berhati-hati menilai tindakan yang bakal dilakuin oleh kita-kita kerana mereka-mereka tersebut tersangatlah terer memutarbelitkan fakta-fakta yang kita anggap benar tetapi sebenarnya tidak benar belaka mengalahkan karpal singh, peguam yang terkenal dengan keputarbelitannya itu.
Hendaklah setiap dari kita berfikir mengikut akal yang waras berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dan jangan bertindak mengikut arahan otak yang sedang bengong mengikut nafsu dan emosi semata-mata.
Jikalau kita tidak tahu Al-Quran dan Sunnah,belajarlah kerana dengannya, insyaallah hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat.
Insyaallah..

Monday, August 16, 2010

sHibiDibiDIN ShiBidibiDOT ~~

WANTED

Adakah anda pernah nampak wajah ini?? Kalau xpernah nampak ALHAMDULILLAH sebab BELIAU sangat berbahaya...

nama: RASHIDAH @ KELIDAH @ CPUT CDOT @ RACDOT
umur : 50++++ TAHUN
tempat tinggal : AREA JAJAHAN NG YEN YEN
karakter : SANGAT MALAS DALAM SEMUA HAL (conclusionnye xde mende pn beliau wat)
ciri-ciri : MATA GARFIELD, PAPAN LEBAR.
sifat baik : ALIM ala2 ustazah (kalau sape2 kwn ngn beliau bleh jimat elektrik sebab guna cahaya keimanannya menggantikan elektrik). Beliau ada gosip dengan anak ABDUL RAHMAN a.k.a DIN MUSLIM. 



AL-KISAH..
Saya ade seorg boyfriend nmenye ASHRAFMUSLIM tp beliau & kawannya (ABE) berpakat untuk merampas bf saya. Bf saya sekarang sedang menyembunyikan diri drpd diorg nih. Untuk semua kaum HAWA yang mempunyai bf yg  kurang ensem drpd bf  saya(sbb bf ak pling ensem) tolong jauhi diri anda daripada diorg sebelum mereka mengganggu kebahagiaan kita. 

Sunday, August 15, 2010

cik tiz zukha



biografi cik siti zulaikha aka tiz zukha:

-beliau mempunyai seorang adik lelaki yang nakal bernama aam

-beliau mempunyai skandal dengan anak ghazali

-beliau suka sangat meninggalkan kami di kolej pada hujung minggu(suka balik rumah daa..)

-pngk kami berdua lebih kurang same(cik tiz zukha rajin sikit je dari saya)

-beliau mempunyai kakak kembar

-beliau mempunyai seorang adik lelaki tahfiz(ehem2)

-beliau sangat pandai melayan budak kecik

-beliau asal dari klate,tapi duduk bangi

-beliau suka yang amat kat hafiz hamidun(not hafiz hamid okey..)

-beliau mempunyai seorang kembar lelaki di K1

-beliau suka berebut ashraf muslim dengan saya juga abe

-beliau mempunyai penyakit reptile phobia(hehe)

-beliau masa muda-muda dulu sekolah mrsm kat klantan

-beliau adalah tukang download bagi kamiorang(maceh2)

-beliau mempunyai abah yang agak garang

-beliau masih single and available(tapi kene gadoh2 dengan anak ghazali dulu la)

-beliau mempunyai mata yang ayu(kuyu..keke)

-beliau adalah seorang yang sangat berjimat-cermat membawa berkat

-beliau suka sesangat pada baju kurung cotton

-beliau suka tutup muka bila orang nak amek gambar

post ini dibuat untuk mengetahui dah berapa lama cik tiz zukha tak buka blog ini.sanggup dia menganak tirikan blog ni.mentang-mentang la da mesra dengan zoro milik cik linot.kepada anda-anda yang telah membaca,sila jangan beritahu beliau mengenai kehadiran post ini.sekian,wassalam


Tuesday, July 20, 2010

berita dari kandahar

seorang remaja yang umurnya sudah masuk 21 tahun(remaja lagi ke?) dilaporkan masih tidak tahu mengawal perasaan marahnya hanya disebabkan oleh perkara yang remeh.kejadian ngeri ini dilaporkan berlaku pada tanggal hari ahad,tarikh tak ingat, pada jam 12 setengah tengah hari(time melodi tengah tayang kat tv3).suspek yang dipercayai sedang membasuh pinggan secara tiba-tiba telah bertukar warna kepada hijau menjadi hulk yang sangat comel, telah membebel-bebel memarahi kakak kandungnya disebabkan oleh perkara yang sangat remeh.

pihak berkuasa malahan pasukan forensik terhandal yang diimpot dari thailand yang berpengalaman menyelesaikan kes perbunuhan altantuya pun masih tidak dapat mencari sebab dan asbab kejadian yang tidak diingini ini berlaku.

namun,pakar psikologi daripada hukm,dr ismail thamby telah memberikan pendapat beliau bahawa suspek mungkin mengalami gangguan mental daripada syaitan yang tidak pernah jemu untuk menggoda dan memusnahkan malah menyesatkan anak cucu adam bersama hawa.menurut dr sakit mental ini lagi,suspek berkemungkinan besar telah tergoda dengan godaan syaitan laknatullah yang ramai berbondong-bondong menggodanya sehingga suspek sendiri tidak menyedari bahawa dia telah tergoda.

suspek yang telah diambil keterangannya oleh pegawai polis berwibawa,mengatakan bahawa beliau sangat menyesal dan malu dengan perbuatannya itu.hal ini kerana dalam bebelannya kepada kakak kandungnya ketika kejadian berlaku,beliau telah mngeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya diucapkan kepada kakak kandungnya sendiri iaitu seperti 'bengong' dan 'senget'.

oleh itu,suspek ingin mengambil kesempatan kes beliau yang masuk television ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada kakak kandungnya itu kerana perkataan maaf sangat sukar diucapkan oleh beliau ketika kakaknya berada di hadapan tubir mata beliau.suspek menambah lagi,beliau menyatakan rasa peliknya akan kejadian yang telah berlaku itu kerana beliau dan kakak kandungnya boleh berbaik semula tak sampai sejam selepas suspek naik angin.benarlah kata karam singh walia,air dicincang tidak akan putus.manakan tidak, pisau yang diguna tidak pernah diasah sejak dibeli di pasar borong selayang.

tambah suspek lagi,beliau ingin masyarakat 1 malaysia khususnya dan masyarakat sekeliling amnya agar mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian yang telah dilangsungkan oleh beliau.beliau ingin masyarakat memikirkan akibat daripada perbuatannya jika beliau 'pergi' dulu sebelum beliau tidak sempat bertaubat akibat kepala beliau terhantuk dekat lantai dapur lalu pecah,disebabkan lantai dapur rumah beliau basah air tumpah.

mahkamah telah menjatuhkan hukuman berat disebelah bahu kirinya dan diwajibkan untuk bertaubat sebelum waktu telah berakhir bak nyanyian opick.

saya, nurul rashid nurul shidah mohd zin melaporkan dari kandahar,mesir untuk buletin utama,tv3
kembali ke sri pentas...

Thursday, July 15, 2010

can i sing another song?



hoh!
sakit gak la telinga mak dengar jeritan anak dara die akibat terkejut yg amat bile tgk mamat kat atas ni masuk af kat tv.tapi,jgn buruk sangka.anak dara mak menjerit bkn sbb histeria tengok mamat ni ensem k pe,no no nehi.walopun ade la ensemnye gak,tp sbb sebenarnya die 'terjerit' bagai nak rak tu sebab die cam penah lihat muka ini,tp di mana ya?

dok pikir-pikir sampei dah nak abeh mamat tu nyanyi lagu arab,baru la die igt sape. rasenye penyanyi nasyid dlu.bertambah-tambah la beruk terkejut anak dara mak.tapi x sure group pe.fareast k saujana?pastu cam kesian je mak kena dengar anak dara die bebel-bebel.ye la,da bape org da camtu..





ni pun same.doktor ni weh.tp syg,jd camni plak.dr kecik kot anak dara mak minat kat die.sebab muka dia sejibik cam abg anak dara mak.sekeping hati dibawa berlari~





yg ni plak kompom sume org kenal.dlu mse dlm mirwana, anak dara mak minat gak kat die sbb suara die antara yg plg mantop la kt nasyid ni.cume x tau name je.ye la,jd penyanyi nasyid bkn la femes sgt.

bile dah ramai jd camni,anak dara mak terpikir la gak, ape sbb dorang jadi lagu ni?krisis identiti kot.biasa la tu.remaja x tau lg identiti pe yg nk dibawa dlm hidup dorang.maybe dulu mse umur belasan thn,dorang grab je pe peluang yang de depan mata.dan yg membezakan antara dorang sume,dorang tgk peluang tu utk ape.antara 2:
1.peluang utk tunjukan bakat suara sedap,cari duit,nak femes or
2.peluang utk menyampaikan dakwah melalui lagu.

MAYBE yg kat atas td dorang tgk peluang yg no 1.tp de gak yg kuar group nasyid maybe dlu2 dorang tgk peluang yg no 2.macam ni:


lawa rambut die kan..dulu mase mula-mula die kuar dr brothers,die cam lari sket.tp lama-lame die ngaku yg dlu die de krisis identiti.skang ok da kot




dorang 2 ni,walopun kuar dr nasyid,tp lagu-lagu yg dorang nyanyi or produce masih lg lagu yg x lari la dr tujuan dorang masuk nasyid.

mende yg kat atas td sume tu just pandangan peribadi je.bkn nk hina or puji sesape,just nak kite same-same tgk diri kite.sure ada antara kite penah de krisis identiti ni sbb lebih 80% jumlah manusia di muka bumi Allah ni melalui krisis camni semasa meningkat dewasa.tu bkn salah sesape,just sebab fikiran kita masa tu masih x matang dan x fikir habis utk masa depan di dunia dan akhirat nnt..

Friday, May 7, 2010

ketaggan~~

1) Adakah anda rasa anda Hot?
    semestinyeee..tgk cuaca skg sume akn rse hot.. 



2) Upload Wallpaper PC/LAPTOP yg anda guna sekarang!



3) Cerita pasal gambar.
    ashraff muslim yg hot gitu!!!!!!!

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
    xingt trikh tp usus ak kata mse cheq abe blnja..


5) Lagu yg terakhir anda dengar? 
   cahaya cinta drpd boyprenku,H**** H*****n(slmt meneka)

6) Apa yg anda buat selain menyelesaikan Tag ini?
   membaca novel + nota en.hukil...


7) Selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
    ct,zue,zukhot,zula,ikha,zulaikha...


8) Tag lagi 8 orang

    ct nunurung
    rafha atiqah
    kak khai
    azni
    mr president
    ezny
    jefri hohoho
    teo chee hau

9) Siapakah orang no 1 anda?

    juniorku a.k.a baldi lyne~~

10) Katakan sesuatu tentang orang no 5?

     ketinggiannye lbey dr ak..

11) Orang no 3 ade hubungan dengan siapa?

     ehemmmmmmmmmmmmmmmmmmm~~


12) Bagaimana pula dengan orang no 4?
      no comment..

13) Pesanan buat orang no 6

      jgn cdey2...sabar ye syg..

14) Kata-kata cinta untuk orang no 2
     slmt brbahagia ngn abg double A



15) Adakah orang no 7 dan 8 mempunyai persamaan?
     memiliki badan yg taf mengalahkn malik noor..



16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yg mengetag anda 
     lyne: si kecik, si gedix, sarawakian, addicted pd nescfa, suka karok lgu dangdut

     dila: in a relationship with ***, ank bongsu, fevret warna biru, ad ank sedara comei, dok d ampang.


17) Persamaan antara kambing dengan lembu?
      berasal dr kampung



18) Perasaan anda ketika anda jawab tag ini
     fenin~~



19) Adakah anda tahu Rizman tu sengal?
     adakah beliau riezman khuzaimi??



20) Gay or les?
      less gay..





siap sudaa keje yg mmbosankn...slmt beramal~~

Tuesday, May 4, 2010

tolonglah faham

alkisahnya berlaku pada petang 2 Mei yang lalu, apabila saya dengan julung-julung kalinya bermurah hati untuk menjolikan duit sebanyak RM 3.00 untuk membeli air botol besar 100-plus setelah digoda oleh dua dara cari jodoh,cik abe dan cik zukha.

dorang meminta jasa baik saya untuk tolong dorang belikan air botol besar revive sorang satu.saya pun dengan baik hatinya,memberikan jasa saya kepada mereka agar mereka dapat membalas jasa saya itu di hari muka walaupun sebenarnya balasan pahala dari Allah itu sesungguhnya lebih besar dari segala-galanya.

so,saya pun pikir.pe salahnya saya rembat satu gak.

setelah penat tawaf kedai runcit desanika yang berhampiran dengan shell itu beberapa kali, maka barulah saya dapat jumpa berbotol-botol air botol. (sebab time tu tetiba abah saya telepon,maka saya tidaklah dapat menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap proses pencarian botol-botol air botol yang besar-besar itu).

terus saya amek bawak dorang gi kaunter sambil otak saya pikir,mesti orang sekeliling saya yang tengok saya kelam kabut bawak botol air besar yang berbotol-botol tu sambil bergayut, pikir:budak ni tak de mase len da ke nak bergayut?

selepas berjaya membayar dorang,saya pun balik berdriverkan layona akiko.

sampai flatlet,saya pun mensejukkan badan botol itu kat dalam peti ais.almaklumlah,sekarang kan global warming

saya punye lah berjimat minum air 100-plus tuh sikit-sikit je,nak bagi air tu abeh lambat.

tup-tup,lepas kelas en hukil petang tadi,dengan tangan penuh ngan langsir,tekak yang dah kering kontang,cik zukha beri saya satu berita yang paling gembira dalam hidup saya:cdot,air 100-plus ko da hilang..

saya:owh,ye ke?'gembiranya' sayyyeeerrrr~~

AIR 100-PLUS PON DE ORG NAK CURIK KE?

tolonglah paham..

hari ni memang ari pencuri kot..

makanan layona akiko kat dalam peti ais ngan selipar kak cma pon ghaib

dunia....

Saturday, April 24, 2010

muqadimah~

ehem...

assalamualaikum!!

terima kasih diucapkan kepada miss hafiz kerana telah wat kan blog ktorg nih..maceh2~~
saya,sheday n kawan saya,zukha telah membuat pakatan untuk wat blog nih kerana ktorg da tak tau nak merapu kat mane da...
kawan-kawan da tak larat nk dengar,sian plak kat dorang
harap sape-sape yang nak bace blog nih,bleh sabar lah dengar kemerapuan kami yer..
namun,disebalik kemerapuan kami,maybe de pengajaran yang bleh diambil..so pandai-pandai la korang nak ambil the moral of the story from our kemerapuan yer..

sekian saje persembahan dari kami untuk hari ini..

sekian,time kasih~



*death note:sempat lagi merapu wat blog,padehal senin depan de struktur..