Tuesday, July 20, 2010

berita dari kandahar

seorang remaja yang umurnya sudah masuk 21 tahun(remaja lagi ke?) dilaporkan masih tidak tahu mengawal perasaan marahnya hanya disebabkan oleh perkara yang remeh.kejadian ngeri ini dilaporkan berlaku pada tanggal hari ahad,tarikh tak ingat, pada jam 12 setengah tengah hari(time melodi tengah tayang kat tv3).suspek yang dipercayai sedang membasuh pinggan secara tiba-tiba telah bertukar warna kepada hijau menjadi hulk yang sangat comel, telah membebel-bebel memarahi kakak kandungnya disebabkan oleh perkara yang sangat remeh.

pihak berkuasa malahan pasukan forensik terhandal yang diimpot dari thailand yang berpengalaman menyelesaikan kes perbunuhan altantuya pun masih tidak dapat mencari sebab dan asbab kejadian yang tidak diingini ini berlaku.

namun,pakar psikologi daripada hukm,dr ismail thamby telah memberikan pendapat beliau bahawa suspek mungkin mengalami gangguan mental daripada syaitan yang tidak pernah jemu untuk menggoda dan memusnahkan malah menyesatkan anak cucu adam bersama hawa.menurut dr sakit mental ini lagi,suspek berkemungkinan besar telah tergoda dengan godaan syaitan laknatullah yang ramai berbondong-bondong menggodanya sehingga suspek sendiri tidak menyedari bahawa dia telah tergoda.

suspek yang telah diambil keterangannya oleh pegawai polis berwibawa,mengatakan bahawa beliau sangat menyesal dan malu dengan perbuatannya itu.hal ini kerana dalam bebelannya kepada kakak kandungnya ketika kejadian berlaku,beliau telah mngeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya diucapkan kepada kakak kandungnya sendiri iaitu seperti 'bengong' dan 'senget'.

oleh itu,suspek ingin mengambil kesempatan kes beliau yang masuk television ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada kakak kandungnya itu kerana perkataan maaf sangat sukar diucapkan oleh beliau ketika kakaknya berada di hadapan tubir mata beliau.suspek menambah lagi,beliau menyatakan rasa peliknya akan kejadian yang telah berlaku itu kerana beliau dan kakak kandungnya boleh berbaik semula tak sampai sejam selepas suspek naik angin.benarlah kata karam singh walia,air dicincang tidak akan putus.manakan tidak, pisau yang diguna tidak pernah diasah sejak dibeli di pasar borong selayang.

tambah suspek lagi,beliau ingin masyarakat 1 malaysia khususnya dan masyarakat sekeliling amnya agar mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian yang telah dilangsungkan oleh beliau.beliau ingin masyarakat memikirkan akibat daripada perbuatannya jika beliau 'pergi' dulu sebelum beliau tidak sempat bertaubat akibat kepala beliau terhantuk dekat lantai dapur lalu pecah,disebabkan lantai dapur rumah beliau basah air tumpah.

mahkamah telah menjatuhkan hukuman berat disebelah bahu kirinya dan diwajibkan untuk bertaubat sebelum waktu telah berakhir bak nyanyian opick.

saya, nurul rashid nurul shidah mohd zin melaporkan dari kandahar,mesir untuk buletin utama,tv3
kembali ke sri pentas...

1 comment: