balik-balik kau kata kerna aku tak pernah rasa,
balik-balik kau kata aku takkan pernah tahu rasanya kerna aku tak pernah rasa,
oh, boring sudah aku mendengar alasan kau untuk tidak mendengar nasihatku,
ya, aku memang tak pernah rasa dan tak teringin langsung untuk merasa,
benar ini.
kau pernah dengar bukan orang yang gilakan sesuatu adalah orang yang gila dan buta dengan apa yang disukanya,
kentutnya dikata wangi,
tak mandi sehari pun dikata wajahnya masih ayu seayu ayu raudhah,
kau tahu itu bukan?
maka, aku terasa mahu menarikmu balik ke sisiku,
menarikmu ke sisiku dari terus melihatmu gila dan buta dengannya,
tapi apa boleh ku buat bila kau berkata,
aku tak pernah rasa!
ya, aku memang tak pernah rasa,
jadi izinkan aku yang tak pernah rasa ini untuk menarik kau yang buta itu,
kerna aku tak buta!
izikan aku.
No comments:
Post a Comment