Monday, December 26, 2011

fys

arakian setelah tiga tahun kami bergelar pelajar ukmalaysia, sampailah giliran kami pula menjadi final year student. oh...

sepanjang hampir empat purnama kami menjadi fys, hanya dua perkara sahaja yang dominan dalam perbicaraan seharian kami tidak kira semasa menonton telebesen, semasa menggoreng telur untuk dimakan bersama nasi kosong, mahupun semasa menonton boboiyot dalam maharaja lawak. dua perkara tersebut ialah:


tesis

antara dialog yang diucapkan:

-bab 1 ngan bab 2 kau da siap?

-bab 1 ngan bab 2 kau da hantar kat sv?

-sv kau da buat correction bab 1 ngan bab 2 kau?

-eh, dr.KO suruh hantar bab 1 ngan bab 2 pas abih exam ke sebelum abih exam?

-adoih, aku takde idea la nak wat bab 1 nih~~

-adoih, kite paling malas nak cari-cari jurnal ni tau~

-bab 1 ngan bab 2 ekau buat berapa mukasurat ae?

-wei, bab 1 ngan bab 2 tinggal engkau ngan aku je yang tak buat lagi ni, budak lain semua dah buat.engkau tak cuak ke?


kawen

samada di fb mahupun di alam realiti. semua dah meluahkan perasaan masing-masing. ada yang tak sabar nak kawen dan ada juga mengadu mak dia kat rumah dah buat ramalan dah bahawa anak beliau bakal berkahwin pada 2013 (mak sapa la tu..) padahal mak dia tak tau bahawa anak beliau takde calon menantu lagi..tsk

bagi yang ada calon suami/isteri memang senang hati namun bagi yang single-mingle macam cacing kepanasan pabila ditanya oleh ayah bonda di kampung mengenai kawen. penatlah mereka madah berhelah memberikan alasan yang dirasakan kukuh untuk mendelaykan perbincangan mengenai perkahwinan dengan ayah bonda mereka.

antara dialog yang sering berkumandang (bagi yang single) :

-weh, aku ingat nak tampal sijil kawen yang aku dapat aritu kat dahi aku ni. cepat sikit dapat suami~ (dialog mekTi)

-argh, dengki aku kat aya, dah bertunang pulak die!!

-weh, jom mendaftar kat baitul muslim~

-kite kan, kite kan, selalu cakap yang kite nak kawen tahun depan..kite kena cakap macam tu tau so that kite betul-betul dapat kawen tahun depan~~(dialog cik muda sudulinet)

-mak aku tak percaya aku takde pakwe.stress aku tau..


makanya, saya mencoretkan yang di atas ini karena saya pikirin sampei kapan akan saya dan rakan-rakan saya akan mengulang-ulang diolog yang sama seperti di atas. capek tau!.. adakah kedua-dua di atas ini akan dibawa sampei ke semesterrr dua nanti? dan saya pikirin juga, adakah kesemua fys memang mengalami seperti yang kami alamin ini? aduh dong, saya rasa saya sudah terlebih pikirin ini. ampunkan saya..

No comments:

Post a Comment