Monday, January 17, 2011

tiga dua puluh empat petang

"kenapalah parents beta tak kaya? kalaulah mereka kaya, bolehlah beta order suzuki swift sebijik since beta first year dulu lagi. tak perlulah beta naik ktm pergi kl sentral lepas itu naik monorail pula sebab nak ke stesen titiwangsa nak ambil bas dekat pekeliling, lepas tuh kalau tiket dah habis, kena tunggu next bas untuk ke raub indera kayangan...kalau beta ada suzuki swift, dah tentu-tentu setiap hujung minggu beta balik rumah jenguk mereka agar mudah bagi beta memohon doa dan redha daripada mereka. doa daripada kedua ibu bapa beta kan penting supaya urusan beta dapat dipermudahkan terutama sekali dalam hal menuntut ilmu memandang beta adalah seorang pelajar kan."

soalan:
berdasarkan pernyataan di atas, sila kenalpasti kesalah anggapan yang terdapat dalam otak si pengeluar kenyataan di atas. (10 markah)

skema jawapan:
beta sepatutnya bersyukur, walaupun beta tidak mempunyai suzuki swift, namun beta masih mempunyai ktm dan monorail yang harganya jauh lebih mahal dan lebih panjang bentuk fizikalnya berbanding suzuki swift yang ada 4 tempat duduk sahaja kalau dibandingkan dengan ktm atau monorail yang beta sendiri tak sempat nak kira berapa penumpang boleh duduk. itu belum dikira yang berdiri.

lagi satu, beta memang anak yang tidak beradab dengan ibu bapa pabila beta tanpa segan silu menyalahkan takdir Allah kepada beta. beta seolah-olah menyalahkan Tuhan kerana memberikannya parents yang tidak kaya yang boleh memberikannya suzuki swift, padahal Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya sendiri. beta tidak puas hati dengan kesenangan yang telah parents beta beri sejak dari keding masa kecil dahulu sehingga sudah berlebihan berat badan sekarang ini.

tidak mengapa, beta masih belum mati. bermakna beta masih punya ruang bertaubat kepada Allah. sepertimana Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah: 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'"
(39:53)

dan ada lagi satu pesanan buat beta, daripada Kanz al-Ummal bahawa Sayidina Ali pernah berkata:

"sesiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. hendaklah dia bersilaturahim (berhubungan baik dengan keluarga terdekat) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikan-Nya."

p/s: beta, cintailah parents anda apa adanya.

No comments:

Post a Comment