Thursday, July 14, 2011

tadaa~~orang dah kawen da~


along aka mohd nasrain abd rahman bukanlah siapa-siapa. sekadar menggalas title sebagai cucu sulong kepada tok tipah, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk berkahwin lebih awal daripada sepupu-sepupunya yang lain. pernah jatuh dari siling semasa di sekolah menengahnya kerana menyorok dari terkantoi merokok, beliau telah bangkit semula membaiki imejnya di depan kak izzah kerana mereka dahulu satu sekolah. dengan menggunakan teknik mengorat beliau yang power, kak izzah telah cair sehingga membawa mereka ke masjid wilayah pada 18 jun yang lepas untuk diakadnikahkan. alhamdulillah. semoga bakat pengoratan yang dimiliki oleh along dapat diwarisi oleh adik-adiknya kelak untuk digunakan pada masa hadapan. amin...

oh,tersalah gambar=P
gambar betul kat bawah









No comments:

Post a Comment