- bagi anda yang kurang hensem, jangan bawa bersama adik-beradik lelaki anda yang lebih hensem dari anda. ketakutan nanti keluarga bakal mertua anda mencomparekan kehenseman anda dengan mereka.
- bagi mereka yang hemsem pula, anda amat digalakkan untuk membawa adik-beradik lelaki anda yang kurang hensem daripada anda supaya keluarga bakal mertua anda dapat merasakan bahawa betapa bertuahnya anak perempuan mereka dapat memiliki anda yang hensem.
- bagi mereka yang kurang hemsem, sila bagi warning pada teman wanita anda supaya tidak mendedahkan nama facebook anda supaya adik-beradik teman wanita anda tidak menstalk anda untuk mengetahui tahap kehenseman anda. hal ini perlu dilakukan supaya keluarga bakal mertua anda tidak terasa kekecewaan atas tidak kehenseman anda.
- bagi anda yang mempunyai asthma atau darah tinggi, sila bawa bekal ubat-ubatan anda semasa masuk meminang. letakkan ubat-ubatan tersebut di tempat yang paling cepat anda dapat capai supaya ianya dapat menyelamatkan nyawa anda jikalau anda terkejut dengan wang hantaran yang diminta oleh keluarga mertua anda adalah dua atau tiga kali ganti dari wang simpanan yang anda ada dalam ASB. jika anda masih ragu-ragu dengan prestasi ubat-ubatan anda, anda boleh letakkan nombor rakan anda yang ada degree dalam sains perubatan kecemasan di speed dial henset anda supaya beliau dapat bergegas ke sana menyelamatkan anda.
- jika anda kurang hensem, anda tidak digalakkan membiarkan teman wanita anda menyimpan gambar anda di dalam hensetnya. hal ini supaya hati teman wanita anda tidak terluka dengan pelbagai komen-komen pedas ataupun sinis daripada rakan mahupun ahli keluarganya semasa teman wanita anda menayang gambar anda kepada mereka, sebagai contoh, "anda berdua bagaikan pinang yang tidak dibelah dua" disebabkan teman wanita anda cantik mengalahkan rozita che wan.
- anda digalakkan supaya bertanya dahulu teman wanita anda adakah sesi 'semak' bakal diadakan oleh bakal bapa mertua anda. hal ini perlu bagi anda yang kurang berkeyakinan dalam bab-bab agama supaya anda dapat menelaah dahulu supaya anda tidak tergagap semasa sesi tersebut berlangsung.
- anda juga digalakkan menginterview bakal ipar-duai anda (jika ada) supaya anda dapat menspot soalan yang bakal ditanya atau dapat sebarang dua soalan bocor daripada mereka.
- sebaiknya, anda bertanya dahulu saiz cincin yang dipakai oleh teman wanita anda untuk memudahkan anda membeli cincin belah rotan. jika teman wanita anda tidak mengetahui saiz cincinnya, anda boleh memintanya memotong jari manis tangan kanannya untuk dibuat sampel.
T.A.T.A