Saturday, April 2, 2011

pengawalan wabak lawak

jika anda adalah seorang yang pandai berlawak, ataupun anda perasan lawak anda tersangatlah lawak sampai boleh masuk raja lawak, nasihat saye :

- berpada-padalah membuat lawak. jangan setiap masa buat lawak sampai orang tak boleh membezakan bila masa anda seyes dan bila masa anda berlawak sehingga membuatkan orang susah nak percaya pada anda bila sebenarnya anda bercakap benar dan tidak membuat lawak.

- jangan over sangat buat lawak. 24/7 jangan asyik nak buat lawak. nanti orang mudah muak dengan anda walaupun sebenarnye lawak anda memang superb lawak mengalahkan alex raja lawak.


- bagi lelaki,jangan menyangka lawak-lawak anda dapat mengorat perempuan-perempuan yang anda ingin ngorat. kerana tak semua perempuan suka lelaki yang asyik buat lawak yang tidak tahu bila mase nak seyes tuh.

- bagi perempuan pula, anda perlu tahu bila anda perlu buat lawak dengan rakan- rakan anda. tidak semua rakan anda berada dalam mood yang baik pada setiap masa. anda perlu selidik dulu mood rakan anda sebelum membuat lawak yang tak berapa nak lawak tu.

- jangan selalu berlawak di dalam facebook atau twitter. kerana orang yang membaca status, komen, dan tweet anda mungkin membaca lawak anda dengan nada yang tidak lawak lantas hal ini boleh mencetuskan salah faham dan perselisihan hati di antara anda-anda.

sekian dulu sesi muhasabah diri saye pada hari ini. sekian, tq

(maap dari saya kepada orang yang saye sayang yang telah saye lukai hatinya. jika diizinkan tuhan, saye tak akan buat lagi. maap)

No comments:

Post a Comment