selamat bertunang diucapkan kepada anda
-tidak mengapa, saya faham kenapa anda tiba-tiba membuat keputusan untuk bertunang esok
-tidak mengapa, saya akan terangkan kepada emak saya bahawa saya dengan rela hati melepaskan anda pergi walaupun anda tidak berapa rela melepaskan saya pergi
-tidak mengapa, saya akan mencari idea untuk memberikan alasan yang bernas kepada emak saya pabila ditanya bila mahu mencari pengganti anda
-tidak mengapa, saya akan secepatnya mencari pengganti anda yang tidak kurang 'panas'nya dengan anda untuk diberebutkan dengan abe
-tidak mengapa, saya redha dengan keputusan yang anda buat ini. saya pun pagi tadi dapat juga jawab exam DNA dengan tenang walaupun hati saya sedih terpaksa melepaskan anda
-tidak mengapa, selepas ini saya akan cuba untuk terus menonton drama-drama anda walaupun jalan ceritanya tak berapa nak best
-tidak mengapa, saya tidak marah pun pada anda kerana memilih untuk bertunang dengan perempuan lain kerana sesungguhnya anda kelihatannya pandai memilih calon ibu kepada bakal anak-anak anda
-tidak mengapa, saya tidak kisah anda bakal bertunang dengan perempuan lain kerana sesungguhnya perempuan yang anda pilih tersebut kelihatannya Insyaallah pandai menjaga kehormatan dan maruah dirinya
tskk..=P