Wednesday, January 19, 2011

saya bukan suzuki swift

saya adalah sebuah kereta kancil. badan saya berwarna putih. nama tuan saya adalah shaza liyana binti hazari. atau nama glamornya shazot. walaupun saya bukanlah sebuah kereta suzuki swift, namun shazot tetap sayangkan saya. shazot mempunyai seorang apak. apaknya lah yang membeli saya untuk diberikan kepada shazot. pada mulanya, saya seronok bertuankan seorang shazot. tetapi pabila shazot membawa saya bersamanya ke kolej burhanuddin helmi universiti kebangsaan malaysia, saya mula melalui detik-detik yang paling pahit dalam hidup saya pabila rakan-rakan shazot yang lain menyibuk menyumbatkan diri mereka ke dalam badan saya yang langsing ini.

pada kebiasaannya, mereka menyumbat dalam lima orang.dah lah badan-badan diorang agak tak langsing. memang kuat enjin saya mengaum menjerit sakit nak bawak diorang jejalan. kadang-kadang pergi amer ali, azura, mcd pon ada. kalau lima orang tu badan saya boleh menampung mereka lagi, tapi pernah sekali tuan saya menyumbatkan kawan-kawannya yang bernama linot, abe, sudulinet, ayot, shida yang comel, dan zu yang gemok. cuba anda bayangkan. saya sebenarnya pernah ditawarkan untuk buat iklan milo fuse yang tayang dalam telebesen di mana banyak orang gemok gedempol mesti disumbatkan dalam sebuah kereta kecil warna hijau. tetapi saya menolak kerana mereka mahu saya menukar warna dari putih yang berkarat sedikit sebab shazot malas basuh saya kepada hijau yang macam dalam iklan tersebut. shazot tidak suka warna hijau, maka terpaksalah kami menolak tawaran tersebut. kalau tidak, mesti saya dah femes dah sekarang kan.

dalam jangka masa setahun yang lepas, memang saya sentiasa memuaskan hati semua orang yang menggunakan perkhidmatan saya. walaupun kadang-kadang saya sendiri pun pening kerana saya seringkali dipandu oleh orang yang berbeza-beza. paling kerap adalah shazot. kadang-kadang shida yang comel yang drive saya. dan yang terbaru ayot pula kerana dia baru mendapat lesen. tetapi terus terang saya cakap, saya suka pabila shida yang comel yang drive saya. saya pun tidak tahu mengapa. oh, adakah saya sudah jatuh cinta pada manusia? oh

setelah sekian lama menderita diseksa dan dibuli oleh shazot dan rakan-rakannya (tapi kalau shida buli saya, saya tidak kisah), saya telah memogokkan diri saya pada siang tadi. shazot mendrive saya membawa linot, ayot, zu, dan shida yang comel (saya suka!) untuk ke the mines. saya menjalankan mogok saya didepan warta. ini gambar saya semasa kejadian.



dan ini pula mereka-mereka yang terseksa sebab saya mogok. kih3. padan muka


dan setelah beberapa puluh minit mereka menunggu, maka doktor kereta pun sampai. ish, geram juga. kenapalah cepat sangat sampainya doktor saya itu. sepatutnya biarlah lama sedikit mereka menunggu supaya mereka lebih terseksa. namun, saya tetap berpuas hati pabila shazot kena bayar 500 hengget lebih untuk perawatan saya. padan muka kamu. kah kah kah kiok!!

sekian, tqvm

Monday, January 17, 2011

tiga dua puluh empat petang

"kenapalah parents beta tak kaya? kalaulah mereka kaya, bolehlah beta order suzuki swift sebijik since beta first year dulu lagi. tak perlulah beta naik ktm pergi kl sentral lepas itu naik monorail pula sebab nak ke stesen titiwangsa nak ambil bas dekat pekeliling, lepas tuh kalau tiket dah habis, kena tunggu next bas untuk ke raub indera kayangan...kalau beta ada suzuki swift, dah tentu-tentu setiap hujung minggu beta balik rumah jenguk mereka agar mudah bagi beta memohon doa dan redha daripada mereka. doa daripada kedua ibu bapa beta kan penting supaya urusan beta dapat dipermudahkan terutama sekali dalam hal menuntut ilmu memandang beta adalah seorang pelajar kan."

soalan:
berdasarkan pernyataan di atas, sila kenalpasti kesalah anggapan yang terdapat dalam otak si pengeluar kenyataan di atas. (10 markah)

skema jawapan:
beta sepatutnya bersyukur, walaupun beta tidak mempunyai suzuki swift, namun beta masih mempunyai ktm dan monorail yang harganya jauh lebih mahal dan lebih panjang bentuk fizikalnya berbanding suzuki swift yang ada 4 tempat duduk sahaja kalau dibandingkan dengan ktm atau monorail yang beta sendiri tak sempat nak kira berapa penumpang boleh duduk. itu belum dikira yang berdiri.

lagi satu, beta memang anak yang tidak beradab dengan ibu bapa pabila beta tanpa segan silu menyalahkan takdir Allah kepada beta. beta seolah-olah menyalahkan Tuhan kerana memberikannya parents yang tidak kaya yang boleh memberikannya suzuki swift, padahal Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya sendiri. beta tidak puas hati dengan kesenangan yang telah parents beta beri sejak dari keding masa kecil dahulu sehingga sudah berlebihan berat badan sekarang ini.

tidak mengapa, beta masih belum mati. bermakna beta masih punya ruang bertaubat kepada Allah. sepertimana Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah: 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'"
(39:53)

dan ada lagi satu pesanan buat beta, daripada Kanz al-Ummal bahawa Sayidina Ali pernah berkata:

"sesiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. hendaklah dia bersilaturahim (berhubungan baik dengan keluarga terdekat) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikan-Nya."

p/s: beta, cintailah parents anda apa adanya.