Tuesday, March 3, 2015

Cubaan menjadi wanita

Okey.

Ahad lepas dah try masak kari ikan ikut resepi mak.

The first kari ai ever made. yup. umur dah 26 tapi ni gulai yang betul-betul aku masak sensorang.

Alhamdulillah. rasa ada la jugak macam kari mak buat.

Dan sekarang baru ai ada keyakinan yang ai boleh memasak dengan terror suatu hari nanti.

Caranya, ambil resepi dari mak, ikut sukatan dalam resepi sebijik-sebijik. Sukatan untuk garam gula sekali. Insyaallah menjadi.

Next resepi ---> Sambal bilis + petai.

Friday, February 27, 2015

Ular

Kalau mak-mak mimpi ular pada malam hari, alamat anak gadisnya bakal dipinang orang dalam masa terdekat.

Kalau ular menyusup di akar pokok, itu dah macam peribahasa bagai ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

Kalau ular ditunjukkan kepada siti zulaikha (walaupun tunjuk gambar je), alamatnya kegeliaanlah dia aka fobia.

Dan kalau pekerja yang culas keluar mengular, alamatnya gaji yang dia dapat setiap kali akhir bulan tu halal ke idok? ok jap. nak tanya bos, bos halalkan tak?

TT

Wednesday, February 25, 2015

Siapa lampi dan lurus?

Disebabkan aku ni dalam kategori manusia yg lampi (lambat pikap) dan tak berapa pandai, pernah masa study dulu terfikir, ada tak cara untuk organize bahan bacaan/ hafalan aku dalam otak? Aku menganggap kalau ianya disusun macam organized file, mungkin aku akan lebih senang nak ingat bila nak jawab exam nanti.

Lagi satu yang aku perasan, aku ni lurus sikit. Tak reti nak bohong sunat sikit corner kiri kanan dan mudah sangat percaya sesuatu terutama kalau benda tu keluar dari mulut orang yang aku kenal. Bahaya ni lagi-lagi dalam kerja aku ni memang memerlukan aku tahu samada orang itu berkata benar atau menipu.

Lampi + lurus ---> TT

Monday, February 23, 2015

Kari Kekari


3 ulas bawang putih + 5 biji bawang merah kecik + daun kari + halba campur ------> tumis

1 paket serbuk kari ikan Babas ------> bancuh dengan air, masuk dalam kuali

Tumis sampai naik minyak

Masukkan air asam jawa (sebesar bola pingpong) + santan (RM1/ setengah kotak)

Tambah garam (setengah sudu besar)

Masuk ikan

=B

Thursday, January 15, 2015

Sabariah

Hidup ini memang medan ujian.

Allah tahu kita kurang sabar,
Dia temukan dengan orang yang selalu menguji kesabaran.
Itu 'guru' sebenarnya.

Allah suruh practise. Practise tahan sabar.



Wednesday, January 14, 2015

Kau panggil aku kakak? siri 2

Kau panggil aku kakak?
Tak mengapa dik, tak mengapa.
Kakak sudah boleh terima sekarang 
dek memang umurku sudah tua.
Sweet 26. 

Terima kasih dik, terima kasih
Kerana mengingatkan kakak perasan muda ini.
Membangkitkan kakak dari angan muda.

Wahai kakak.
Cuba kenangkan. 
Apa jasamu setelah 26 tahun ini?
Pada agamamu terutamanya. tsk